PROGRAM SMART STUDY MINI WORKSHOP CHEMOMOI




Smart Study Mini Workshop berlaku pada tarikh 2 Julai 2011 di SK Felda Chemomoi, Bentong, Pahang. Program berunsurkan motivasi ini adalah untuk berkongsi teknik belajar yang berkesan kepada peserta yang terlibat, memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya pelajaran, menjadikan peserta yang akan menduduki peperiksaan mempunyai persediaan mental dan fizikal yang mantap, dan memupuk semangat kerjasama dan sikap keprihatinan mahasiswa terhadap masyarakat setempat. Program ini diketuai saudara Mohamad Shukri bin Zahari selaku ketua fasilitator dan diiringi 18 fasilitator yang lain. Program melibatkan 70 orang pelajar UPSR di SK Felda Chemomoi. Sebanyak 6 Modul iaitu Ice Melting,
LDK: Kemahiran Interpersonal, LDK: Strategi Mengulang Kaji, Pengurusan Masa, Fokus, Fokus, Fokus!!, dan Wasiat Terakhir. Semua perjalanan modul diselitkan beberapa permainan ringkas bagi mengelakkan pelajar berasa bosan dan mengantuk. Program juga disusuli dengan penyampaian cenderamata kepada pihak sekolah dan pelajar-pelajar. Setelah selesai penyampaian cenderamata, majlis dirasmikan oleh Puan Aini binti Mohd Ali, guru besar SK Felda Chemomoi. Program selama sehari ini berjalan lancar dan sebelum pulang, pihak SeMAMPAN sempat menitipkan kenangan dalam beberapa keping gambar.



No Response to "PROGRAM SMART STUDY MINI WORKSHOP CHEMOMOI"

Leave a Reply

 
powered by Blogger | For Blogservices