Pada 24 Jun 2011, program Anak Angkat dan Khidmat Masyarakat 11’ telah bermula di Kampung Simpang Tebing Tinggi, Jerantut, Pahang. Seramai 32 orang peserta termasuk 3 orang pelajar antarabangsa mula berkumpul di perhentian bas UMP untuk memulakan perjalanan pada pukul 12.00 tengahari. Peserta tiba di perkarangan Masjid Kampung Simpang Tebing Tinggi Pada jam 3.30 petang. Semua peserta berehat di masjid sehingga jam 4.30 petang dan bergerak ke Balai Raya untuk majlis perasmian program. Perasmi program adalah Encik Mohd Zahreen bin Mohd Zailani, Penolong Pegawai Daerah Jerantut. Beliau juga meneruskan upacara dengan penyerahan anak angkat serta sumbangan RM50.00 bagi setiap seorang pelajar kepada keluarga angkat. Seramai 19 buah keluarga yang terlibat. Majlis bersurai pada jam 6.00 petang. Seterusnya, sesi taaruf diadakan dirumah keluarga angkat masing-masing. Setiap anak angkat dibekalkan dengan borang soal selidik yang mengandungi soalan tentang latar belakang keluarga dan perkongsian pendapat mengenai program seperti ini.
Pada 25 Jun 2011, seawal 8.00 pagi semua peserta berkumpul di Balai Raya. 10 orang dari peserta anak angkat ini bergerak ke Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi untuk menjadi fasilitator program motivasi bersama seramai 49 murid tahun enam. Motivasi ini melibatkan 3 buah sekolah terdekat termasuklah Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Sekolah Kebangsaan Bukit Dinding, dan Sekolah Kebangsaan Gintong. Motivasi ini bermula dari 9.00 pagi sehingga 4.30 petang. Lebihan peserta yang berada di Balai Raya mula bergerak ke padang untuk memulakan persiapan padang bagi sukaneka pada 26 Jun 2011. Pada jam 2.00 petang, semua peserta yang tidak terlibat dengan motivasi berkumpul di masjid untuk bergotong-royong. Peserta lelaki bergotong-royong membersihkan masjid manakala peserta perempuan bergotong-royong membuat persiapan kenduri bersama masyarakat kampung. Pada jam 4.30 petang setelah minum petang, semua peserta pulang ke rumah keluarga angkat dan berkumpul di masjid semula pada jam 7.00 malam. Pada jam 8.00 malam, terdapat slot ceramah ilmiah dariUst. Haji Hamdan Bin Ismail, Pensyarah Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Ceramahnya bertajuk Rahsia Di Sebalik Israk dan Mikraj. Selepas solat Isya’, jemaah makan kenduri dan bersurai.
Pada jam 7.30 pagi, 26 Jun 2011 semua peserta berkumpul di Balai Raya. Peserta lelaki bergerak ke padang futsal manakala peserta perempuan ke padang bola jaring. Terdapat 5 orang peserta menjadi urusetia sukaneka. Permainan bermula pada jam 8.30 pagi. Boling kelapa, anyam ketupat, dan tiup tepung adalah diantara sukaneka yang dipertandingkan. Pada jam 11.30 pagi, Dato’ Lau Lee, ADUN Damak turun ke padang untuk merasmikan majlis penutupan. Dato’ Lau Lee juga turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Pada jam 12.30, majlis bersurai. Peserta berkumpul semula di masjid pada jam 4.30 petang untuk penyerahan kembali anak angkat dan berangkat pulang ke UMP.
PROGRAM ANAK MAS
Isnin, Jun 27, 2011
SeMAMPAN UMP
Posted in
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
No Response to "PROGRAM ANAK MAS"