SELAMAT DATANG MAHASISWA/SISWI UMP



Selamat datang diucapkan kepada waris-waris baru UMP 2012/2013. Kami mengalu-alukan kehadiran anda semua dengan bebesar hati. 'Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan'

Bagi anak-anak Pahang UMP, kami ingin menjemput anda ke dalam komuniti anak-anak Pahang UMP.

Antara syarat keahlian SeMAMPAN ialah :

1) Lahir di negeri Pahang
2) Ibu atau Bapa yang lahir di negeri Pahang
3) Bermastautin di negeri Pahang 10 tahun atau lebih

Kami merupakan salah satu Kelab yang berdaftar dengan JHEPA UMP. Oleh itu, setiap penyertaan program anjuran Kelab SeMAMPAN akan disertakan dengan merit.
Selain itu, SeMAMPAN adalah sekreteriat kepada Majlis Mahasiswa Anak-anak Pahang (MAMPAN) yang bernaung di bawah Yayasan Pahang. Maka dengan itu, kebajikan Anak-anak Pahang juga merupakan perhatian kami.

Bagi mahasiswa/siswi yang layak dengan syarat-syarat yang dinyatakan di atas, anda boleh mendaftar untuk menjadi ahli dengan hadirkan diri ke Hari Terbuka Kelab dan Persatuan anjuran MPP dan mendaftar di booth SeMAMPAN yang disediakan.

ATAU

Mendaftar secara online di link https://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dDRUazh6RGpvX0x4YndDR0Iwc3hkZGc6MQ Sebarang pertanyaan sila emailkan kepada semampan.ump@gmail.com atau requstkan di dalam group Facebook Sekreteriat Majlis Mahasiswa Anak-anak Pahang
https://www.facebook.com/groups/286548766972/
dan juga page Facebook SeMAMPAN UMP
https://www.facebook.com/pages/SeMAMPAN-UMP/185209678187007

'Kami Sayang Pahang'



MALAM SANTAI KOME' ANAK PAHANG



Majlis perjumpaan mahasiswa dan mahasiswi Negeri Pahang Universiti Malaysia Pahang iaitu Malam Santai Kome' Anak Pahang.. Semua mahasiswa dan mahasiswi Negeri Pahang di Universiti Malaysia Pahang dijemput hadir.. Moh bina rangkaian kenalan anak2 pahang disamping mengeratkan silaturahim sesama kite termasuk sesi dialog bersama Yayasan Pahang.. *Makan minum disediakan.. [Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian secepat mungkin]
Syarat Keahlian :
1. Dilahirkan di Negeri Pahang ATAU
2. Ibu atau Bapa atau kedua-duanya dilahirkan di Negeri Pahang ATAU
3. Bermastautin di Negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 TAHUN
Harapan kami dari Jawatankuasa SeMAMPAN 2011/2012, sama2 kita promosi majlis kita ini..btau rakan2 kita yg memenuhi salah satu syarat anak pahang untuk datang..Bukan senang nak jumpa rodong2 pahang ni.. ^_^

TARIKH : 6 OKTOBER 2011
MASA : 8.00p.m - 11.00p.m
TEMPAT : WDKU1 KAMPUS GAMBANG, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG



PROGRAM SMART STUDY MINI WORKSHOP CHEMOMOI




Smart Study Mini Workshop berlaku pada tarikh 2 Julai 2011 di SK Felda Chemomoi, Bentong, Pahang. Program berunsurkan motivasi ini adalah untuk berkongsi teknik belajar yang berkesan kepada peserta yang terlibat, memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya pelajaran, menjadikan peserta yang akan menduduki peperiksaan mempunyai persediaan mental dan fizikal yang mantap, dan memupuk semangat kerjasama dan sikap keprihatinan mahasiswa terhadap masyarakat setempat. Program ini diketuai saudara Mohamad Shukri bin Zahari selaku ketua fasilitator dan diiringi 18 fasilitator yang lain. Program melibatkan 70 orang pelajar UPSR di SK Felda Chemomoi. Sebanyak 6 Modul iaitu Ice Melting,
LDK: Kemahiran Interpersonal, LDK: Strategi Mengulang Kaji, Pengurusan Masa, Fokus, Fokus, Fokus!!, dan Wasiat Terakhir. Semua perjalanan modul diselitkan beberapa permainan ringkas bagi mengelakkan pelajar berasa bosan dan mengantuk. Program juga disusuli dengan penyampaian cenderamata kepada pihak sekolah dan pelajar-pelajar. Setelah selesai penyampaian cenderamata, majlis dirasmikan oleh Puan Aini binti Mohd Ali, guru besar SK Felda Chemomoi. Program selama sehari ini berjalan lancar dan sebelum pulang, pihak SeMAMPAN sempat menitipkan kenangan dalam beberapa keping gambar.



 
powered by Blogger | For Blogservices