Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
Perhatian kepada Semua Pelajar, AGM Sekretariat Majlis Anak-anak Pahang (SeMAMPAN UMP) akan diadakan pada:
Tarikh: 6 Mac 2011
Hari: Ahad
Masa: 9.00 mlm - 11.00 mlm
Tempat: YDK 13/14
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyandang jawatan sebagai Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha dan Bendahari, anda dikehendaki membalas memo sebelum 6 Mac, 12.00 pagi dengan memberikan:
Nama:
No ID:
No Tel:
Jawatan yang ingin disandang:
kami menghadkan seramai 2 orang bagi pencalonan untuk setiap jawatan utama manakala pertandingan jawatan exco dipertandingkan secara terbuka kepada mana-mana anak Pahang yang berminat:
a) Presiden - 2 pencalonan untuk 1 kerusi
b) Timbalan Presiden - 2 pencalonan untuk 1 kerusi
c) Setiausaha - 2 pencalonan untuk 1 kerusi
d) Bendahari Persatuan - 2 pencalonan untuk 1 kerusi
e) Exco - terbuka untuk 6-7 kerusi
Senarai nama calon yang terpilih adalah berdasarkan 'first come first serve' dan akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada 6 Mac, 6 petang. Calon-calon yang terpilih dikehendaki memberikan sedikit manifesto pada malam AGM SeMAMPANitu nanti. Pengundian dan penyerahan kuasa akan diadakan pada malam itu juga.
Mana-mana anak Pahang yang dari Kampus UMP Pekan yang hadir pada AGM nanti juga akan diberi peruntukan perjalanan tidak lebih dari RM20 dalam satu resit bagi setiap kenderaan. Resit pembelian bahan api hendaklah disertakan dengan ditulis nama dan nombor kad pengenalan di belakang resit untuk menuntut peruntukan perjalanan.
Semua anak Pahang diwajibkan hadir untuk menentukan barisan kepimpinan baharu SeMAMPAN UMP untuk sesi akan datang.
Sekian, terima kasih.
Mohd Fadzrul Hisyam bin Badarudin
Presiden,
SeMAMPAN UMP.
AGM SeMAMPAN UMP Kali ke-2
Khamis, Mac 03, 2011
SeMAMPAN UMP
Posted in
Pengumuman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
No Response to "AGM SeMAMPAN UMP Kali ke-2"