SeMAMPAN UMP - GPMS: Bicara Tokoh

Program bicara tokoh ini telah diadakan pada 9 Ogos 2010 di Dewan Banquet, Kompleks Pentadbiran Utama, UMP melibatkan kehadiran YBhg. Dato' Suhaimi bin Ibrahim, DIMP., DSSA., Setiausaha Politik YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Program ini juga melibatkan kehadiran En Wan Emril Nizam bin Wan Embong selaku Pengerusi GPMS Pahang, En. Azrul Khairi bin Muhamad, dan Naib Pengerusi GPMS Pahang. Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Yuserrie bin Zainuddin juga turut hadir dalam program ini.

Ucapan YBhg Dato' Suhaimi lebih menjurus kepada kepentingan mahasiswa untuk lebih berdaya saing dan bijak dalam menentukan masa depan negara. Mahasiswa yang berkualiti adalah mahasiswa yang mampu mentetapkan wawasan dan terus berusaha untuk memenuhi cita-cita mereka.






No Response to "SeMAMPAN UMP - GPMS: Bicara Tokoh"

Leave a Reply

 
powered by Blogger | For Blogservices