Majlis Iftar Anak Pahang UMP dan UniSZA


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SeMAMPAN UMP bersama-sama Ikatan Mahasiswa Pahang UniSZA akan mengadakan majlis berbuka puasa khas untuk anak-anak Pahang di Dewan Banquet, Kompleks Pentadbiaran Utama, UMP.

Kepada sekalian anak-anak Pahang di UMP, anda dijemput untuk hadir ke majlis ini untuk mempereratkan lagi hubungan antara anak-anak Pahang dari dua universiti di samping dapat mengenali lebih rapat dengan Yayasan Pahang.

Tetamu jemputan untuk majlis ini adalah En. Khairul Anuwar bin Abu Bakar, Penolong Pengurus Bahagian Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang.

Mari kita meraikan Ramadan dengan menjalinkan hubungan silaturrahim sesama saudara.

Sekian, harap maklum.

Presiden,
SeMAMPAN UMP.



No Response to "Majlis Iftar Anak Pahang UMP dan UniSZA"

Leave a Reply

 
powered by Blogger | For Blogservices