Konvensyen Anak Pahang dan Mesyuarat Agung Tahunan MAMPAN Kali Ke-6.

Konvensyen Anak Pahang dan Mesyuarat Agung Tahunan MAMPAN Kali Ke-6 ini diadakan di Universiti Putera Malaysia, Serdang, Selangor pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2010. SeMAMPAN UMP menghantar 13 orang wakil ke program ini. Konvensyen Anak Pahang yang diadakan sepanjang dua hari pertama menyaksikan kehadiran Y. Bhg. Profesor Dato' Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang membawa tajuk syarahan "Cabaran Kepimpinan Mahasiswa Dalam Era Modal Baru" pada hari pertama.

Untuk hari kedua melibatkan sesi bersama Penasihat MAMPAN, Encik Khairul Anuwar bin Abu Bakar.,AMP. untuk berdialog bersama mahasiswa anak-anak Pahang sebelum forum ringkas oleh Encik Wan Emril Nizam Bin Wan Embong, Pengerusi Gabungan Pelajar Semenanjung (GPMS) Pahang, yang membawa tajuk forum "MAMPAN sedekad usia… Halatuju dan Cabaran". Seterusnya pula menyaksikan kehadiran Ustaz Badli Shah Alauddin Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang hadir untuk membawa syarahan yang bertajuk "Kepimpinan Berkualiti Sumber Inspirasi."

Majlis Kerja MAMPAN 2009/2010 membubarkan jawatankuasa pada malamnya selepas majlis pencalonan MKM baharu. Terdapat empat jawatan tertinggi dipertandingkan pada Pilihan Raya MAMPAN yang menyaksikan perebutan satu-lawan-satu untuk kerusi Presiden, Timbalan Presiden dan Bendahari Agung, manakala jawatan Naib Presiden menyaksikan empat calon bertanding untuk tiga kerusi yang ditawarkan.

Berikut adalah keputusan undian pada Pilihan Raya MAMPAN yang diadakan pada Mesyuarat Agung Tahunan MAMPAN Kali Ke-6:










Pilihan Raya MAMPAN ini menyaksikan dua wakil dari Universiti Malaysia Pahang memegang tampuk tertinggi MAMPAN untuk sesi 2010/2011. Tahniah diucapkan kepda Mohd Norfarhan bin Mohd Mustafa dan Nor Adila binti Said atas perolehan jawatan tersebut.

Program kemudiannya bersambung dengan ucapan dan dialog oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah DPMP., DSM., Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Kehadiran beliau menunjukkan bahawa beliau memberikan sokongan terhadap pertubuhan anak negeri seperti MAMPAN untuk hidup di IPT-IPT di seluruh negara.






1 Response to "Konvensyen Anak Pahang dan Mesyuarat Agung Tahunan MAMPAN Kali Ke-6."

SaKa AdiWangsa berkata...

tahniah, moga MAMPAN terus ke hadaPAN..

Leave a Reply

 
powered by Blogger | For Blogservices