Program Selangkah Kaki Ke Universiti

Program yang diadakan di Dewan Astaka UMP pada 22 Julai 2010 ini merupakan program Anjuran BAKTI. Seramai 12 ahli SeMAMPAN telah melibatkan diri sebagai fasilitator. Program ini melibatkan 213 orang pelajar Tingkatan Empat yang cemerlang dari Daerah Bentong, Bera, Pekan dan Temerloh. Peserta yang terlibat merupakan mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga yang menuntut di IPTA. Program dimulakan dengan Forum Santai di mana dua orang wakil SeMAMPAN iaitu, Mohd Fadzul Hisyam (Presiden SeMAMPAN) dan Nur Hafizah Abdul Razak (Timbalan YDP MPP) telah menjadi ahli panel. Selepas itu, program lawatan ke seluruh kawasan universiti diadakan. Setiap fasilitator telah mendapat 5 hingga 6 orang adik angkat untuk tujuan itu. Dato’ Saifuddin Bin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang merupakan perasmi program telah turut serta bersama peserta melawat seluruh kawasan universiti.



No Response to "Program Selangkah Kaki Ke Universiti"

Leave a Reply

 
powered by Blogger | For Blogservices