Penghargaan kepada ahli SeMAMPAN UMP

Terima kasih diucapkan kepada ahli SeMAMPAN UMP yang menyertai Perhimpunan Mahasiswa Anak Pahang dan Pelancaran Sambutan 10 Tahun MAMPAN. Kesudian anda untuk menghadirkan diri amat mengharukan kami di pihak jawatankuasa penggerak program.


Terima kasih juga kepada insan-insan yang bersama-sama secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan program ini.

Kami juga memohon kemaafan sekiranya ada kekurangan dan kesilapan yang telah kami lakukan secara sengaja mahupun tidak sengaja. Kesulitan amat dikesali. Yang baik itu dari Allah, kekurangan itu kerana kekurangan diri kami.

Diharapkan semua ahli SeMAMPAN UMP dapat menyertai aktiviti-aktiviti SeMAMPAN UMP yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

Mohd Fadzrul Hisyam bin Badarudin
Presiden,
SeMAMPAN UMP.



No Response to "Penghargaan kepada ahli SeMAMPAN UMP"

Leave a Reply

 
powered by Blogger | For Blogservices