VISI:
SeMAMPAN Menuju Kepemimpinan Mapan
MISI:
Menyediakan bakti dan khidmad terbaik kepada mahasiswa anak negeri Pahang UMP dalam aspek kebajikan, kemudahan, dan bantuan dalam pendidikan melalui persekitaran yang mesra dan harmoni.
OBJEKTIF:
1. SeMAMPAN sebagai medium pilihan kepada mahasiswa anak negeri Pahang dalam sebarang urusan dengan Yayasan Pahang.
2. SeMAMPAN sebagai medium tambahan kepada mahasiswa anak negeri Pahang dalam sebarang urusan dengan Universiti Malaysia Pahang selepas Majlis Perwakilan Mahasiswa dan persatuan fakulti.
3. SeMAMPAN sebagai agen penghubungan antara mahasiswa anak negeri Pahang dengan pemimpin sama ada di peringkat universiti, masyarakat mahupun negeri Pahang.
4. SeMAMPAN sebagai agen untuk memperkenalkan negeri Pahang dengan lebih mendalam kepada mahasiswa-mahasiswa yang menuntut di Universiti Malaysia Pahang.
STRATEGI:
1. Memperkukuhkan asas SeMAMPAN yang baru ditubuhkan dengan kerjasama erat antara ahli Majlis Tertinggi bersama Yayasan Pahang serta mahasiswa anak Pahang UMP.
2. Merapatkan jurang perhubungan antara SeMAMPAN dengan mahasiswa anak Pahang UMP dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan aktiviti SeMAMPAN bersama mahasiswa anak negeri Pahang.
3. Mewujudkan semangat diplomasi antara anak negeri Pahang bersama anak negeri-negeri lain dengan menjalankan aktiviti bersama bagi mewujudkan keharmonian sesama rakyat Malaysia.
4. Membuka peluang kepada mahasiswa anak negeri Pahang untuk melontarkan buah fikiran dan cadangan untuk mempertingkatkan kualiti SeMAMPAN di samping membina nilai kepemimpinan kepada mahasiswa anak negeri Pahang.
5. Mendedahkan mahasiswa anak negeri Pahang dengan suasana kemasyarakatan dengan menghubungkan mahasiswa anak negeri Pahang dengan masyarakat yang tinggal di negeri Pahang.
6. Mendedahkan mahasiswa anak negeri Pahang dengan suasana kepimpinan dengan menghubungkan mahasiswa anak negeri Pahang dengan pemimpin-pemimpin tertinggi negeri Pahang.
NILAI TERAS:
1. Hubungan dengan Tuhan Pencipta alam.
2. Berprinsip dan berpendirian.
3. Kepemimpinan terpimpin.
4. Cekal dan tabah dalam setiap cabaran.
5. Berani, proaktif dan kreatif dalam setiap tindakan.
No Response to "Visi, Misi, Objektif, Strategi & Nilai Teras"