Sekretariat Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang UMP (SeMAMPAN UMP)


SeMAMPAN UMP atau dengan nama penuhnya Sekretariat Majlis Mahasiswa Anak Pahang Universiti Malaysia Pahang merupakan satu organisasi yang dinaungi oleh Majlis Mahasiswa Anak Pahang dan Yayasan Pahang berfungsi sebagai medium kepada mahasiswa-mahasiswa anak Pahang di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam memastikan kebajikan mereka terbela. SeMAMPAN UMP juga berfungsi sebagai pemudahcara mahasiswa-mahasiswa anak Pahang di UMP dalam sebarang urusan antara mahasiswa-mahasiswa anak Pahang di UMP dengan Yayasan Pahang.

Ditubuhkan pada Julai 2009, SeMAMPAN UMP diiktiraf oleh UMP sebagai sebuah organisasi yang sah sebagai sekretariat persatuan anak negeri walaupun peraturan penubuhan persatuan di UMP melarang sebuah pertubuhan yang berorientasikan anak negeri semata-mata. Sepanjang penubuhan SeMAMPAN UMP, pelbagai usaha telah dijalankan untuk berinteraksi sesama mahasiswa-mahasiswa anak Pahang di UMP dengan SeMAMPAN UMP sendiri.

Seiring dengan kewujudan MAMPAN, SeMAMPAN UMP juga adalah satu bentuk jaringan perhubungan yang berterusan dan perkongsian yang pintar di antara mahasiswa/i dengan pemimpin-pemimpin melalui program-program kemasyarakatan yang dijalankan.

Pautan berkaitan:
- Twitter SeMAMPAN UMP
- Facebook SeMAMPAN UMP



No Response to "Sekretariat Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang UMP (SeMAMPAN UMP)"

Leave a Reply

 
powered by Blogger | For Blogservices