Mesyuarat Agung Tahunan Pertama SeMAMPAN


Mesyuarat Agung Tahunan kali pertama telah dilaksanakan dengan jayanya. Mesyuarat ini telah dilangsungkan di blok YDK12 pada 7 Februari 2010 bermula pada 9.00 malam dan berakhir pada 10.30 malam.

Dalam mesyuarat kali ini, jawatankuasa tertinggi SeMAMPAN tahun 2009/2010 telah membubarkan jawatankuasa dan proses melantik ahli jawatankuasa tertinggi SeMAMPAN tahun 2010/2011 dilakukan. Beberapa cadangan dan undian telah dilakukan dalam pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi SeMAMPAN yang baharu dan satu keputusan muktamad telah diperoleh dalam pemilihan ahli jatankuasa tertinggi yang baharu.



Kepada ahli majlis tertinggi yang lama, sekalung penghargaan kepada anda semua atas usaha anda untuk menghidupkan SeMAMPAN yang baru ditubuhkan. Segala bakti dan pengorbanan anda semua pasti akan dijadikan contoh kepada ahli-ahli jawatankuasa yang baharu.

Untuk ahli jawatankuasa yang baharu, gunalah peluang yang ada ini sebaik yang mungkin untuk menjaga kebajikan mahasiswa-mahasiswa anak Pahang sendiri dan juga untuk menjaga nama baik UMP serta negeri Pahang sendiri. Semoga anda semua dapat bekerjasama dengan erat untuk merealisasikan visi dan misi SeMAMPAN.



No Response to "Mesyuarat Agung Tahunan Pertama SeMAMPAN"

Leave a Reply

 
powered by Blogger | For Blogservices