MAMPAN adalah majlis induk melalui gabungan mahasiswa/i anak Negeri Pahang di 11 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 4 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Ia ditubuhkan pada 6 November 1999 bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama dan perhubungan yang erat dalam semua bidang di antara mahasiswa/i dan pemimpin-pemimpin negeri. Di samping itu, penubuhannya juga adalah wadah kepada mahasiswa/i menyumbangkan tenaga dan idea secara lebih kolektif dan berkesan untuk faedah bukan sahaja kepada golongan pelajar malah masyarakat di Negeri Pahang secara keseluruhannya.
MAMPAN juga adalah satu bentuk jaringan perhubungan yang berterusan dan perkongsian yang pintar di antara mahasiswa/i dengan pemimpin-pemimpin melalui program-program kemasyarakatan yang dijalankan. YP selaku badan penaja dan penyelaras kepada MAMPAN telah memperuntukkan geran tahunan sebanyak RM15,000 kepada persatuan ini dan RM5,000 kepada setiap IPTA/S untuk melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan yang diluluskan oleh YP. Pada Januari 2002, YAB Menteri Besar Pahang telah melancarkan ALUMNI MAMPAN khusus untuk ahli-ahli MAMPAN yang telah menamatkan pengajian mereka di IPTA/S. Alumni MAMPAN ini diwujudkan sebagai penyambung wadah tenaga intelektual dan profesional anak-anak Pahang untuk terus memberikan sumbangan dalam usaha membangunkan dan memakmurkan Negeri Pahang Darul Makmur.
Pautan berkaitan:
- MAMPAN (Facebook)
Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang (MAMPAN)
Jumaat, Februari 05, 2010
SeMAMPAN UMP
Posted in
Info
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
No Response to "Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang (MAMPAN)"